Ahad, 13 Januari 2013

Jiwa Alam Cinta

Assalamualaikum .. malam ini aku nak bercerita pada kawan-II mengenai alam percintaan amat menakjubkan . mencintai dan di cintai memberi nikmat dalam kepayahan . kesenangan hati dan ketenangan jiwa diperolehi dari cinta suci yang dimuliakan dengan kesetiaan . sungguhpun bukan indah selama adanya alam percintaan , namun alam ini selalu hair dengan harapan . meskipun tetap merelakan  bahawa kenyataan hidup bercinta umpama gula yang meracuni , manusia tetap mahu merasai kemanisan cintai. 




kisah - kisah cinta saban masa bersilangan  suka dan derita . hakikat yang tertera selalu teguh menegarkan kesungguhan insan - insan yang berusaha mendapatkan dan menyimpan cinta yang tulus suci agar diabdikan alam pegangan . namun telah tetap bahawa yang tercipta bersifat sementara . takkan dedaun melekat di dahan pokok selamanya . akan luruh di dalam lembayung musim . maka cinta sebegitu jua . luluh jatuh lalu terperosok di dalam ruang kenyataan hukum angkasa . begitilah keadaan di dalam percintaan . sekejap manapun , manusia mengengam nikmat , sekuat manapun menahan hujan . setulus manapun hati insan . pasti nanti tetap tewas dalam rela mahupun terpaksa .. 

sekian terima kasih ,

waalaikumsalam dan selamat berjumpa di episod akan datang .. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan