Sabtu, 7 Julai 2012

HANYA UNTUK MU ..

ati ini trasa sunyi tanpa nafas cintamu,, hidup ini sepi tanpa senyuman darimu diri inisenyap tanpa jiwa kasih mu,, ruang hatiku gelap tanpa arah tuk melangkah
cinta,,,
mengapa semua harus terjadi???
mengapa disaat terang dunia kalbuku kau berlalu
kau tinggalkan sepenggal dusta dalam rasa,,
cinta..
aku hanya mampu memeluk rasa
memeluk mimpi senja yng kelabu
meniti harapan fajar kelana,,
cinta..
kau buat aku tak yakin untuk melangkah
kau beri aku segenggam luka
mengapa cahaya pelangi menjadi api,,
selamat jalan cinta,,
selamat berbahagia di atas luka ku,,
biarkan kata merangkai hati serupa darah dibalik tirai….


Ahad, 1 Julai 2012

HANYA ALLAH YANG TAHU ..

hari ini aku ingin menceritakan apa yang berlaku pada diri aku .. semalam setiba nya aku di sekolah aku dah rasa tak sedap badan .. badan aku dah rasa lain taw .. then , dada aku sakit sangat nafas tersekat .. dah tak boleh nak bernafas .. yang aku ingat masa itu adalah MATI .. badan aku mulai mengigil .. sebenarnya aku tak sangka boleh jadik macam tu .. sakit sangat2 hanya Allah yang tahu .. tubuh ku mulai longlai .. tapi aku cuba kuatkan semangat aku agar tidak berlaku apa2 .. tapi sekuat mana pun aku tahan .. pasti tak akan berpanjangan kan .. air mata ku mulai menitis dan menandakan kesakitan yang aku alami tidak mampu di tahan lagi .. pada masa yang sama aku sudah memberitahu kawan ku dan aku cakap pada beliau .. " aku dah tak tahan ni weyh ! sakit sangat2 .. tolong cakap dengan cikgu aku nak pergi tandas " selepas itu kawan aku cakap dengan cikgu yang aku nak pergi ke tandas .. aku bangun seketika tidak samapai beberapa saat aku rebah .. aku pengsan .. apa yang berlaku terhadap diri ku tidak aku ketahui .. aku merasakan diri aku di awang . awangan .. aku mendengar sayup-sayup suara memanggil nama ku .. aku merasakan tubuh ku di gerakkan .. aduhhaiii .. sungguh aku tidak sedar akan tetapi aku mendengar kawan aku bertanyakan soal ubat ku .. dengan keadaan separa sedar aku mengatakan bahwa ubat ada di dalam beg aku .. aku memang tidak sedar masa tu aku berkata-kata .. kawan ku memaksa aku menelan ubat .. setelah aku telah ubat aku rasa ok sikit dari sebelum ini .. selepas aku makan ubat .. aku mulai sedar apa yang terjadi .. aku merasakan bahawa kawan ku ingin mengangkat aku untuk mebawa ku ke bilik guru .. sebenarnya keadaan aku mulai ok setelah aku makan ubat .. tana ubat memang tubuh ku longlai tidak bermaya .. aduhhaiii ... kawan ku tidak kuat mengamgkat aku akan tetapi aku mempunyai kawan yang dulu nya mewakili badan uniform PBSM ... mereka yang cuba memapah aku ke bilik guru .. setelah tiba nya aku di bilik guru .. aku rehat .. guru bertugas menelefon penjaga aku .. aku sudah beritahu pada guru ku bahwa aku tidak mahu pulang ke rumah .. tapi keadaaan aku yang tidak seimbang  aku di paksa pulang ke rumah .. setelah beberapa minit kemudian , penjaga ku sampai dan membawa ku pulang .. alhamdulillah .. tiada apa-apa berlaku  pada diri ku .. Allah telah menyelamatkan diri ku .. Allah telah memanjangkan umur ku .. dengan keadaan ku sebegitu rupa . nyawa ku bila-bila boleh di ambil .. kerana aku mempunyai masalah fizikal yang tiada siapa tahu .. :') 
terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah memberikan aku kesempatan untuk hidup dan melakukan kebaikan ..  










Ahad, 24 Jun 2012

GOJEZ FM KAU SENTIASA DI HATI KU

aku di sini ingin menceritakann pada kamu semua bahawa kita di dunia ni sering memerlukan teman di kala kita kesunyian kan ? huhuhu .. di sini aku ingin menceritakan pada kamu semua apa erti susah senang kita bersama .. .. pada beberapa bulan yang lepas aku ada join satu radio ni taw .. pada awal aku join radio ni .. aku dah fikir yang radio ni x best larhh .. bosan larhh ... tapi bila dah lame aku join aku rase best sangat .. sampai x bleh d ungkapkan dengan kata-kata .. dengan sikap dan budi bahasa DJ dan rakan-rakan sembang .. aku puas hati l0rhh .. di sini juga aku belajar erti PERSAHABATAN , KASIH SAYANG , KEKELUARGAAN , TOLAK ANSUR , KERJASAMA , PERCINTAAN , KESABARAN DAN SEBAGAINYA .. di sini juga tempat aku melepaskan segala-gala yang terbuku di dada .. di sini pelbagai pengalaman & cabaran telah aku tempuhi .. susah senang kami bersama ... aku telah menangkat mereka sebagai keluarga aku .. iaitu keluarga angkat ku .. di sini aku mempunyai papa , mama , kakak , abang , sahabat baik & adik .. papa joe dan papa saw telah ku anggap sebagai papa ku , mama eliza pula telah ku anggap seperti mama ku , kakak azieY , kak aienn , kak izzati ,kak anje , kak siti , kak scha & lain tlah ku anggp sbai kakak ku .. abg afan , abang wan , abg afie , abang mel ,abg shah & lain tlah ku anggap seperti abang ku .. meera , fieera telah ku anggap seperti adik ku .. tidak lupa juga kepada hana dan hazman .. dia telah ku anggap sahabat baik ku .. di sini aku juga telah pelbagai ilmu telah aku pelajari .. dulu aku seseorang yang tidak tahu tentang IT akn tetapi setelah aku berkwan dengan mereka semua .. aku telah mengetahui apa yang aku tidak tahu sebelum ini .. sedih kan bunyi nye .. di saat aku kesunyiaan mereka adalah penghibur ku .. di saat aku dalam kebinggugan mereka datang memberi tunjuk ajar kepada diri ku .. walaupon kami tidak pernah bersua kami merasakan mempunyai satu ikatan ukuwah yang berpanjangan .. INSYAALLAH dengan izin NYA kami pasti akan bersua .. memang kami berkenalan hanya dalam laman sosial facebook tapi tak bermakna kami tidak boleh menjalinkan hubungan silaturahim kan .. aku harap kita akan bertemu suatu saat nanti .. sayang kat korang semua .. imah harap perhubungan yang telah terjalin ini sentisa kita jaga . .. cukup larhh samapai di sini cerita ku mengenai gojez .. insyaAllah nnti aku akan cerikan lagi yerk ..

Sabtu, 23 Jun 2012

KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI

pada zaman sekarang ni sukar untuk kita mencari kawan yang benar2 ingin di samping kita di saat susah dan senang kan .. kbnyakannye ramai orng menggunakn perkataan kawan mkn kawn ... di sini aku ingin memberitahu pada kamu semua bhwa aku mmpunyai dua orang sahabat baik .. susah senang kami tempuhi bersama ... orang yang aku maksudkan tu ialah hana dan mohd hazman .. aku sayang pada dorang .. hazman ni ehemm pada hana l0rh .. wlaupon kami x pernah bersua tpi dengan izin NYA kami berkenalan melalui laman sosial facebook ... insyaAllah jika diberi kesempatan kami bersua pasti kami akan bersua .. kami akan mengeratkan tali silaturahim yang telah terbina ini .. hana & hazman , imah saYang korang sangat2 .. imah harap korang dapat menjaga hubungan ini hingga akhir hayat imah .. jangan lupakan imah jika kamu semua jauh nun di perantauan yerk ... :)

SUKAR UNTUKKU UNTUK MELUPAKAN DIRIMU

pernah sudah ku cba tuk melupakanmu .. namun aku tak mampu .. telah ku coba untuk jalan semua itu .. Namun ... beerulang kali kau khianati .. sakit hati ini hanya Allah yang tahu .. aku punyai hati bukan untuk kau sakiti .. aku akui sungguh eratnya .. untuk aku meninggalkan seseorang ... yang telah menjadi sebahagian dalam hidupku .. Namun aku harus lakukan jua .. kerna ku tahu ini yang terbaik untuk diri ku .. ku harus pergi meninggalkan kamu .. yang telah kau hancurkan hatiku .. betapa sakitnya hati ku pada saat itu .. hanya DIA yang maha mengetahui .. sakitnya .. sakitnya .. sakitnya .. 0uh .. sakitnya jiwa ini .. cinta ku pada ILLAHi sungguh besar jika mahu di bandingka cinta ku pada mu .. meski kau sedar itu semua .. begitu burukkah aku ini .. hingga aku harus mengalah .. pernahkah kau merasa jarak antara kita .. semakin terasa setelah kau kenal dia .. aku tidak percaya krna aku sanggup putusakn insan yang aku sayangi selama ini ... indahnya cinta kita yang aku tak ingin akhiri semua ini ... aku tidak mahu melihat diri mu lagi .. aku jua tidak mahu mengingati kisah silam yang telah berlaku antara kita .. pilu hati ku ini krna terpaksa memutuskan untuk meninggalkan diri mu .. tak pernah kah kau sedari aku lahh .. insan yang telah kau sakiti selama ini ...

SAHABAT SEJATI

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati- Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut : Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu: TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu : SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”. P/S: Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan ....

ANDAINYA DIA TAHU

andainya dia tahu , dalam atiku ada naluri untuk di sayangi .. ada rasa untuk di beri perhatian .. ada rasa untuk di dengari kisahku .. ada waktu-waktu minta di temani kesedihan ku .. andainya dua tahu rajuk hatiku minta di pujuk .. marahku perlu di dekati .. gembiraku ingin di kongsi .. sedihku harus di dengari ... andainya dia tahu .. di sebalik seribu satu rasa itu .. ada sekeping hati nan lembut .. bukan untuk di manja .. bukan juga untuk di tatang bagai minyak yang penuh .. hanya perlu sedikit perhatian .. agar rasa kasih itu terasa wujud di saat aku menjauh dari mu .. :')

BIARKAN DIA PERGI

jika kita benar-benar menyayangi seseorang , maka biarkan dia pergi dengan kebahagiaan yang dia sedia miliki , kerana kebahagiaannya akan membuat kita bahagia jika kita benar-benar menyayayngi diri nya ... kerana gembiranya dia akan buat rasa itulah hadiah dari diri kita .. saya menyayangi awaklah sebab saya melangkah pergi , demi kebahagiaan awak .. saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan menemui apa yang awak cari selama ini , supaya suatu hari nanti awak akan mengetahui .. bagaimana betapa SAYANG seseorang .. dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargai .. apa erti pergorbanan cinta yang sesungguhnya .. :)

Jumaat, 22 Jun 2012

PERGORBANAN CINTA

mencintai SESEORANG itu adalah hak kita namun memiliki SESEORANG yg kita cintai tanpa ikatan sah dan halal SESEORANG itu bukan hak kita soo.. lepaskanlah jika orang lain lebih memerlukan dia.. im sorry, i do it.. :)

Khamis, 8 Mac 2012

puisi cinta :)

lihat langit biri , aku merindukanmu , lihatlah diriku , yang tak bisa melupakanmu , mungkin aku ada dihatimu , wahai sayangku ... pada diriku , aku beruntung mengenali , menyayangimu sepenuh hatiku , tiada sesalan aku mencintaimu ... mmungkin rasa ini tiada padamu , dan mungkin telah kau berikan pada insan lain , tapi percayalah aku tidak kecewa , malah aku gembira melihat dan mendengar , kebahagiaanmu ... malah , aku terus - terusan berdoa , maga kasihmu bersamanya berpanjangan , dan ikatan suci yang akan menyusulimu ... akan aku hadiahkan dikau , tangisan air mata bahagia , luahan luka yang sempurna , mengiringi ke pintu perpisahyan kita nanti ... andai satu hari nanti kau berpaling , dan aku muncul di ingatanmu , jangan pernah kau menangis , kerna aku tidak pernah menyesal , mencintaimu ...... p/s : ini luahan hati ku yang tidak terungkap dengan kata2 ...

Sabtu, 4 Februari 2012

DERITA SEORANG ANAK REMAJA ... :l

hati dan perasaan tidak boleh di paksa .. sngguhpon kita menyangi seseorang itu ..tidak bererti kita harus memiliki .. cinta bukan di pakse .. cinta memerlukan pengorbanan .. apakah erti sbuah cinta jika setiap orang tidak mahu berkorban .. cinta yang sejati sukar di cari apatah lagi di miliki .. jika setiap pasangan faham erti cinta yang sejati psti tiada berlaku persengketaan .. :'( .. mengapa harus bersedih sedangkan yakin cinta akan dapat di perbaharui .. aaarrgghh ... akubenci cinta .. aku penat la !!! ... sering kali rancangkan mesti tidak jadi .. aku bosan dengan sikap aku .. yang konon nya akan dapat memiliki dirinya .. aku ego ?? arrgghh !! aku faham .. kenapa setiap manusia mmpunyai keegoaan .. aku fed up la kerana aku tidak menemui cinta sejati aku .. aku benci keseorangan ..aku juga nak rase di hargai dan di sayangi macam orang lain .. kenape ?? kenape hidup aku macamnih .. sampai berapa tahun lagi aku harus bersabar dan terus bersabar dan samapai berapa tahun lagi aku harus menunggu ... jangan la jika masa nya sudah tiba tapi terlewat sudah ...kelak aku jugak yang benci .. aku akan menjaga mu di bagon dan tidurmu ... aaiiissehh !! sesungguhnya cinta ibubapa dan keluarga amat bermakna dari cinta pasangan kekasih .. tanpa mereka siapa lah aku di sini .. sungguhpon begitu aku jugak ingin menikmati cinta pasngan kekasih yang sedap di dengrisebagai kekasih halal ku .. aku tak tahu la nak ckap ape lagi ... sungguh aku sangat tak mengerti tentang kehidupan ku yang fana nih .. aku ingin kan dunia yang indah seperti " INDAHNYA DUNIAKU " ..okeh la ..setakat ni sahaja yang mampu aku ungkapkan .. sekian .. wasalam ... =)) <3<3<3 sebelom aku melabuhkan tirai aku akan persembahan sebuah lagu untuk korang dengari ...

Ahad, 22 Januari 2012

RESEPI AKU ARI NIH ..


hari ni aku masak makaroni bakar .. huhu .. best nye aku memasak tadi ... masak pnye masak smpai terlupe bahan2 nk letak .. nsib baek la last2 minit baru ingt lau x .. hmm .. x taw la aku ape nak jadik ... kakakh .. aku nih suke memasak taw .. korang ckp je nk makan ape nnti aku masak .. sbb hobi aku nih memasak .. al maklom lah .. aku nih suri rumah sepenoh mase .. always ade mase nk memasak ... tapi lau nak suroh aku masak bleh tp bahan2 nye kne la beli .. masak merupakan sebahagian dr hidop aku .. kita kan pompuan mesti la kne memasak kan ,,, lau x pndai msk mcm mne .. kan susah jdik nye .. pompuan tp x pndai msk .. adoayai .. =.=" .. lau kita pndai msk nih untk mse dapan kita jgk .. xde nk menyusahkan org .. lau kita nk makan leh kita msk sndir xde la asyik nk soh org jerx .. lg satu lau kita x pndai msk nnti org ngate kita .. apelah ngn ank dara nih x geti masak .. mcm mne tu ..hahax .. lumrah kehidopan .. okey lah .. aku mlz nak taip lagi .. k bye .. lain kali kite jmpe lg ..

Isnin, 9 Januari 2012

Pemikiran Remaja Dalam Bercinta ...

Cinta. Satu perkataan yang terlalu sinonim dikalangan golongan remaja. Bagi mereka, jika tidak bercinta kehidupan mereka masih lagi di lingkungan keanak-anakan. Disebabkan merasa diri terlalu dewasa sampaikan terlupa mengambil tahu tentang asas pegangan yang telah disyariatkan ke atas diri sebagai islam, yang bercinta ini (tanpa perkahwinan) dibolehkan atau pun dilarang.


Mengenai cinta, ramai daripada kita yang membuat andaian tersendiri. Mengikut akal dan kebijaksanaan masing-masing. Kerana ada yang berkata, bercinta ini boleh dan diharuskan,selagi tidak berzina. Dan ada kenyataan yang lebih ekstrem mengatakan kalau tidak bercinta, manakan dapat untuk melangkah ke alam yang seterusnya (perkahwinan). Sampaikan ada sahabat yang bijak berbicara mula membidas kata dan mengukuhkan pendapat menggunakan dalil naqli (ayat al-quran) untuk menyatakan bercinta itu diharuskan. Dalilnya dari Surah Al-Hujurat ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Saya sedar dikalangan sahabat saya,semuanya lepasan universiti terulung. Ada juga dari lepasan Universiti dari mesir. Lainlah diri saya ni. Sedar je diri ni jika mahu dibandingkan dengan kamu semua. Terima Kasih atas peringatan yang anda berikan. Tiba-tiba mengingatkan saya nasihat dari seorang ustazah ketika dikelas Tauhid (pendidikan islam) kalau tidak silap semasa di tingkatan 2. "Jangan jadikan ilmu itu sebagai pedang yang menghunus diri kamu sendiri." Syukran jazilan ustazah. Anakanda mengerti apa maksud ustazah sekarang ini.



Wahai sahabat yang bijak berbicara,izinkan saya memperlihatkan dengan terang dan nyata dari dari surah Al-Hujurat yang anda minta saya lihat tadi. Mungkin pada mulanya ada kebenaran,kita diciptakan lelaki dan perempuan supaya saling kenal-mengenali,tapi diakhirnya jangan kita abaikan,kerana di akhirnya diakhiri dengan perkataan takwa. Dan kerana perkataan itulah yang mengangkat darjat mulia kita pada pandangan Allah Ta'ala. Tidak tahulah saya jika kerana cinta dunia, Saudara saudari yang bijaksana mahu ditempatkan dikalangan orang-orang yang terkeji. Nauzbillah~ Supaya dijauhkan.

Mari kita ringkaskan supaya tidak timbul lagi kekeliruan ini. Mudah-mudahan isu ini dapat diperjelaskan supaya tidak ada lagi pertelingkahan di antara kita sesama saudara seagama. Apa itu bercinta? Apa itu bercouple? Apa itu pakwe dan makwe? Apa itu boyfriend dan girlfriend? Semuanya bermula daripada pandangan mata kita. Kisahnya hampir sama. Bermula dari pandangan mata,kemudian turun ke hati dan membuatkan kita tersenyum sesama sendiri. Dan ketika itulah cinta yang kamu semua maksudkan tadi bermula.

Kemungkinan perempuan dengan sifat malunya,dan lelaki dengan "macho dan gentle man" nya. Saling menunggu tindakbalas di antara mereka, kemungkinan lelaki yang mulakan dahulu sebagai pembuka kata. Mungkin pada zaman dahulu,berbalas surat dan nota. Di zaman yang serba teknologi ini, apa lagi kalau tidak menggunakan SMS atau e-mail dan yahoo messenger.Dari sini lah pasangan itu akan timbul di hati suka menyukai. Tanpa nada malu dan tidak bersalah,mula lah babak declare dan bercouple di antara mereka.



Hidup dilanda cinta. Kononnya indah dan bahagia. Ibarat kata sahabat-sahabat saya di dinding facebook, bila bahang cinta mula terasa "makan tak kenyang" "tidur tak lena" "mandi tak basah" "senyum sampai ke telinga". Dari mula membahasakan diri "aku kau" sudah menjadi "saya awak". Kalau yang agak tenat tu, mungkin bahasakan diri "baby dan sayang" atau "mama dan papa". Ketika sarat mengandung ayat-ayat cinta dan ucapan cinta yang romantik, ucapan "sayang awak sangat-sangat" "love you sayang" dan "miss you baby" jadi zikir seharian buat mereka.

Mungkin percintaan itu memang indah. Tapi seindah cinta tadi, lebih di berkati cinta tadi selepas tangan ini mengoncang tangan tok kadi. Saya pernah melaluinya. Bukan melalui saat pernikahan. Maksud saya melalui zaman membesar, dan laluan umur yang anda lalui ketika ini sudah pun saya rentasi. Kita semuanya sama sahaja. Ya,memang saya lepasan universiti yang bukan berteraskan islam. Tapi al-quran yang saya pelajari serba sedikit menjadi pedoman hidup saya.



Terima Kasih buat Kakak saya. Tafsir Al-Quran yang akak hadiahkan untuk adik,bukan adik jadikan ianya sebagai pedang, tapi adik jadikan sebagai manual hidup adik dan bahan bacaan bila adik seorang diri. Adik tahu adik sangat nakal. Tapi adik mahu jadi islam sejati walaupun kadangkala tergilincir juga kaki ini.

Buat sahabat saya, ini hadiah dari saya yang tidak seberapa. Sebab jari mula terasa lenguh untuk terus menaip. Harap maaf segala silap dan kata kalau ada terasa bahasa.
Firman Allah:

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.Al Qur’an adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.” Surah Aj-Jaatsiyah (Ayat 7-11)

Sabda Rasullullah SAW:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.” Riwayat Abu Hurairah r.a

Mata memandang kecantikan dan kehenseman pasangannya
Tangan saling bersentuhan
Telinga dan lidah mengucap dan mendengar kata rayuan pasangannya
Kaki melangkah untuk berduaan bersama
Hati dengan kata rindunya.

Janji Allah itu Pasti. Cinta akan datang mencari pemiliknya.
Entri selepas ini, insyaallah mengenai yang selanjutnya "Mengapa bercinta itu Haram".

P/s: Maaf entri kali ni panjang sangat. Takut ada yang salah faham kalau tersalah susun kata. Nanti kena buat kali kedua pada tajuk entri yang sama

Bila Bercerita Mengenai Erti Cinta

Semua orang mengharapkan di suatu hari nanti, Allah Ta'ala pertemukan kita dengan pasangan yang terbaik. Untuk dapatkan yang terbaik, perlu nilaikan diri kita dahulu sebelum bermimpi atau memasang angan-angan untuk ke arah itu. Cerminkan diri kita. Adakah dia sesuai dengan diri aku, sedangkan dia patut di kurniakan lebih baik dari aku ini. Apa kebaikan yang ada pada aku sehingga dia ditakdirkan untuk menemani aku selepas ini. Inilah dikatakan stanza cinta kehidupan. Jangan terlalu taksub dengan cinta yang belum pasti.


Mencari cinta tidak semudah apa yang kita jangka. Apa erti cinta di mata saya. Selalu saya ulang pada sesiapa yang masih kabur dengan perkara mendapatkan cinta. Cinta itu ibarat bayang-bayang. Ia sentiasa berhampiran dengan diri kita. Tidak perlu kita kejar atau di cari. Kerana dia sentiasa di sisi.. Makin di cari, makin jauh dia lari. Seperti yang di perkatakan di Entri sebelum ini Cinta pasti mencari pemiliknya. Bila tiba saat dan ketikanya, cinta itu pasti hadir dari seseorang yang tidak kita jangka. Yang mampu sebagai manusia biasa, berdoa agar cinta yang di kurniakan buat kita, cinta yang ikhlas, dan bukan cinta di buat-buat atau cinta palsu.


Muhasabahlah cinta. Menilai diri dari keperibadian. Mohonlah pada pemberi cinta Allah Ta'ala, kerana cinta kerana Allah mampu membuatkan kita terasa jahilnya menilai maksud cinta sebelum ini. . Air mata cinta bermohon taubat kepada-Nya lebih di fardhukan ke atas diri kita dari mengalirkan air mata meratap cinta yang tidak kemana hala tujunya. Mungkin perasaan "cinta" ini terlalu halus untuk kita terangkan. Yang jelasnya, kerana cinta, ada sanggup berbuat berbuat apa sahaja.


Pada yang masih tercari-cari di mana itu cinta. Tidak perlu keluh atau menitiskan lagi air mata. Untuk kita sebagai manusia, pasti tersedia peluang merasa bahagia. Jangan terlalu taksub menerima sesuatu perasaan sehingga segala panduan hidup kita tidak dipedulikan. Mungkin itu cuma ujian daripada tuhan untuk menguji sejauh mana ketabahan, keimanan atas nama cinta kita kepada-Nya.



Cinta Sejati Tidak Akan Datang Bergolek
Ramai yang berkata begitu. Ada cinta yang hadir tiba-tiba. Ada kala cinta itu perlu kita cari. Bukan digoyangkan kaki menunggu cinta itu hadir begitu sahaja. Kepala ini serabut sekejap. Dalam hati, seperti biasa. Berbisik dengan berbaur perli dalam hati. " Murahnya kamus cinta dalam hidup kau,sampai suruh aku cari. Perlukah tips cari cinta dalam hidup manusia? Di mana? Maideen?? Tesco atau pun di Courts Mammoth?


Bukankan cinta itu di kategorikan sebagai "perasaan"? Perasaan yang hadir tanpa kita memaksa untuk menerimanya. Itulah Cinta. Dan ada segelintirnya pernah berkata, beri peluang untuk orang mencintai diri kita. Aduh !! Beri orang peluang untuk cintakan aku, abis aku?? Aku kena bercinta dengan siapa pula kalau masa menentukan yang aku tiada perasaan untuk rasa apatah lagi berkongsi perasaan yang sama dengan orang yang aku tidak cinta?

Mencari teman lelaki/perempuan untuk dijadikan suami/isteri bukan merupakan satu pengembaraan atau perjalanan untuk diperjudikan. Kerana mengikutkan perasaan, ramai yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.



Kenapa Saya Masih Keseorangan Tanpa Teman?
"Kau bila nak kahwin?" "Kau ni memilih sangat ke sampai sekarang single lagi?Apa kata kau cuba mandi bunga?" Apa boleh buat. Sudah nasib telinga yang sepasang ini jadi habuan.


Kenapa saya masih keseorangan. Sebab saya belum sampai masa untuk berteman untuk mendapatkan pasangan. Pasangan yang hati saya terdetik berkata "dialah jodoh aku yang aku nanti-nantikan selama ini". Keserasian dalam berkomunikasi, dalam bertolak-ansur serta saling bertanggungjawab dalam setiap sudut, jujur, ihklas dalam setiap perlakuan dan perkataan, sentiasa tidak membelakangkan diri samaada dalam situasi susah atau senang adalah harapan dalam bualan doa setiap hari. Bukan mengharapkan luaran semata dan ayat ayat cinta yang tidak tahu berapa lama kekalnya.

Bukan tidak mahu berkahwin ataupun mencari teman. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin melangsungkan perkahwinan bersama dengan yang tersayang, tetapi untuk diri menerima nikmat itu belum tiba masanya lagi. Terasa zalimnya diri ini menerima si dia yang langsung tiada ruang dihati sendiri.

Maafkan Saya Kerana Menolak Perasaan Hati Awak
Mungkin ini kesilapan besar dari saya yang tidak saya jangka. Mohon kemaafan seikhlasnya. Mungkin semua ini sudah takdir. Bukan madah cinta luka untuk setiap pasangan yang gagal ke persada cinta. Mungkin ini adalah petunjuk buat kita berdua yang kita tidak ditakdirkan untuk bersama. Erti Cinta yang kita cari adalah harapan yang sama. Tapi cinta yang perlu kita miliki bukan dari saya atau awak yang perlu saya dapatkannya.

Kamu perlu tahu ini sahaja dari saya

Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin bukanlah sesuatu perancangan manusia yang boleh kita jadikan kenyataan hidup. Ini semua ketentuan Allah Ta'ala buat kita. Allah telah mengaturkan sebaik-baiknya dan bersesuaian dengan intipati keperibadian kita.


Untuk mendapatkan pasangan hidup,tidak perlu memikat dengan kecantikan atau kemewahan mahupun dengan madah cinta. Hanya keperibadian dalaman yang mampu membuat bakal suami kamu terdetik hati untuk menyunting kamu sebagai isteri.


Jangan bazirkan emosi dan air mata kerana gagal mendapatkan cinta dari mata. Disebabkan dikurniakan fitrah di sisi manusia adalah cinta, kita umpamakan kasih sayang itu adalah cinta dan airmata. Seharusnya kamu perlu bersyukur kepada Allah kerana perjalanan cinta yang gagal kali ini membuktikan tanda sayang Allah buat kita untuk membuktikan belum tiba masanya kita di pertemukan dengan pasangan yang sebetulnya.



Ingatlah, perkahwinan bukan semata-mata kerana cinta dan menyimpan perasaan pada manusia. Kerana jika kita sandarkan pada maksud sedemikian, hilang rasa cinta, musnahlah hala tujuan perkahwinan kita yang sebenar-benarnya. Perkahwinan yang kita harapkan nanti adalah sebagai satu jambatan untuk kita terus melangkah ke syurga, bersama dipimpin oleh pasangan kita. Cintakan Allah, kerana mengharapkan keredhaannya. Kerana mengharapkan keredhaannya, kau yang ku panggil isteri, aku terima kau sebagai amanah dari-Nya. Kerana dengan menerima amanah-Nya buat kasih kita terus ke syurga.
Insyaallah ~ Janji Allah itu pasti..

Khamis, 5 Januari 2012

TENTANG DIRI KU DAN DIRI NYA ..

ape tu cinta ? ada apa dengan cinta ye ? hmm .. adakah cinta itu ser0nok ? hmm .. aku benar2 tidak memahami erti cinta bg pasangan kekasih .. sometimes dy0rng kte cinta itu best .. s0metimes dyorng kte cinta itu x best .. hmm .. adakah ini asam garam dalam percintaan .. haha .. aku p0n x tahu sebab aku x pernah bercinta .. kahkah .. bt0l ke ?? cinta ? aq hanya insan yg sedang mencari cinta .. =)) hm .. k la korng .. ape2 pn can not .. daa .. assalamualaikum .. anyway aku ade sediakan sebuah lagu nih . korng hayati lah ..






Awak... Hari Ini Saya Terlalu Rindukan Awak