Isnin, 9 Januari 2012

Pemikiran Remaja Dalam Bercinta ...

Cinta. Satu perkataan yang terlalu sinonim dikalangan golongan remaja. Bagi mereka, jika tidak bercinta kehidupan mereka masih lagi di lingkungan keanak-anakan. Disebabkan merasa diri terlalu dewasa sampaikan terlupa mengambil tahu tentang asas pegangan yang telah disyariatkan ke atas diri sebagai islam, yang bercinta ini (tanpa perkahwinan) dibolehkan atau pun dilarang.


Mengenai cinta, ramai daripada kita yang membuat andaian tersendiri. Mengikut akal dan kebijaksanaan masing-masing. Kerana ada yang berkata, bercinta ini boleh dan diharuskan,selagi tidak berzina. Dan ada kenyataan yang lebih ekstrem mengatakan kalau tidak bercinta, manakan dapat untuk melangkah ke alam yang seterusnya (perkahwinan). Sampaikan ada sahabat yang bijak berbicara mula membidas kata dan mengukuhkan pendapat menggunakan dalil naqli (ayat al-quran) untuk menyatakan bercinta itu diharuskan. Dalilnya dari Surah Al-Hujurat ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Saya sedar dikalangan sahabat saya,semuanya lepasan universiti terulung. Ada juga dari lepasan Universiti dari mesir. Lainlah diri saya ni. Sedar je diri ni jika mahu dibandingkan dengan kamu semua. Terima Kasih atas peringatan yang anda berikan. Tiba-tiba mengingatkan saya nasihat dari seorang ustazah ketika dikelas Tauhid (pendidikan islam) kalau tidak silap semasa di tingkatan 2. "Jangan jadikan ilmu itu sebagai pedang yang menghunus diri kamu sendiri." Syukran jazilan ustazah. Anakanda mengerti apa maksud ustazah sekarang ini.



Wahai sahabat yang bijak berbicara,izinkan saya memperlihatkan dengan terang dan nyata dari dari surah Al-Hujurat yang anda minta saya lihat tadi. Mungkin pada mulanya ada kebenaran,kita diciptakan lelaki dan perempuan supaya saling kenal-mengenali,tapi diakhirnya jangan kita abaikan,kerana di akhirnya diakhiri dengan perkataan takwa. Dan kerana perkataan itulah yang mengangkat darjat mulia kita pada pandangan Allah Ta'ala. Tidak tahulah saya jika kerana cinta dunia, Saudara saudari yang bijaksana mahu ditempatkan dikalangan orang-orang yang terkeji. Nauzbillah~ Supaya dijauhkan.

Mari kita ringkaskan supaya tidak timbul lagi kekeliruan ini. Mudah-mudahan isu ini dapat diperjelaskan supaya tidak ada lagi pertelingkahan di antara kita sesama saudara seagama. Apa itu bercinta? Apa itu bercouple? Apa itu pakwe dan makwe? Apa itu boyfriend dan girlfriend? Semuanya bermula daripada pandangan mata kita. Kisahnya hampir sama. Bermula dari pandangan mata,kemudian turun ke hati dan membuatkan kita tersenyum sesama sendiri. Dan ketika itulah cinta yang kamu semua maksudkan tadi bermula.

Kemungkinan perempuan dengan sifat malunya,dan lelaki dengan "macho dan gentle man" nya. Saling menunggu tindakbalas di antara mereka, kemungkinan lelaki yang mulakan dahulu sebagai pembuka kata. Mungkin pada zaman dahulu,berbalas surat dan nota. Di zaman yang serba teknologi ini, apa lagi kalau tidak menggunakan SMS atau e-mail dan yahoo messenger.Dari sini lah pasangan itu akan timbul di hati suka menyukai. Tanpa nada malu dan tidak bersalah,mula lah babak declare dan bercouple di antara mereka.



Hidup dilanda cinta. Kononnya indah dan bahagia. Ibarat kata sahabat-sahabat saya di dinding facebook, bila bahang cinta mula terasa "makan tak kenyang" "tidur tak lena" "mandi tak basah" "senyum sampai ke telinga". Dari mula membahasakan diri "aku kau" sudah menjadi "saya awak". Kalau yang agak tenat tu, mungkin bahasakan diri "baby dan sayang" atau "mama dan papa". Ketika sarat mengandung ayat-ayat cinta dan ucapan cinta yang romantik, ucapan "sayang awak sangat-sangat" "love you sayang" dan "miss you baby" jadi zikir seharian buat mereka.

Mungkin percintaan itu memang indah. Tapi seindah cinta tadi, lebih di berkati cinta tadi selepas tangan ini mengoncang tangan tok kadi. Saya pernah melaluinya. Bukan melalui saat pernikahan. Maksud saya melalui zaman membesar, dan laluan umur yang anda lalui ketika ini sudah pun saya rentasi. Kita semuanya sama sahaja. Ya,memang saya lepasan universiti yang bukan berteraskan islam. Tapi al-quran yang saya pelajari serba sedikit menjadi pedoman hidup saya.



Terima Kasih buat Kakak saya. Tafsir Al-Quran yang akak hadiahkan untuk adik,bukan adik jadikan ianya sebagai pedang, tapi adik jadikan sebagai manual hidup adik dan bahan bacaan bila adik seorang diri. Adik tahu adik sangat nakal. Tapi adik mahu jadi islam sejati walaupun kadangkala tergilincir juga kaki ini.

Buat sahabat saya, ini hadiah dari saya yang tidak seberapa. Sebab jari mula terasa lenguh untuk terus menaip. Harap maaf segala silap dan kata kalau ada terasa bahasa.
Firman Allah:

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.Al Qur’an adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.” Surah Aj-Jaatsiyah (Ayat 7-11)

Sabda Rasullullah SAW:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.” Riwayat Abu Hurairah r.a

Mata memandang kecantikan dan kehenseman pasangannya
Tangan saling bersentuhan
Telinga dan lidah mengucap dan mendengar kata rayuan pasangannya
Kaki melangkah untuk berduaan bersama
Hati dengan kata rindunya.

Janji Allah itu Pasti. Cinta akan datang mencari pemiliknya.
Entri selepas ini, insyaallah mengenai yang selanjutnya "Mengapa bercinta itu Haram".

P/s: Maaf entri kali ni panjang sangat. Takut ada yang salah faham kalau tersalah susun kata. Nanti kena buat kali kedua pada tajuk entri yang sama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan